AGENDA

Sultan titah perkasa latihan teknikal, negeri peneraju lahir pekerja mahir

14 Mac 2022, 4:20 AM
Sultan titah perkasa latihan teknikal, negeri peneraju lahir pekerja mahir

SHAH ALAM, 14 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan dengan langkah menjadikan sektor pendidikan sebagai satu daripada agenda utama negeri.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah inisiatif perlu dilaksanakan secara kerjasama merentas fahaman politik, agama dan bangsa.

"Bantuan pendidikan, biasiswa dan pinjaman sedia ada khususnya untuk anak Selangor wajar diteruskan dan diperkasa melibatkan penglibatan jabatan, agensi serta anak syarikat Kerajaan Negeri.

"Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) juga perlu diperluaskan supaya Selangor menjadi negeri peneraju melahirkan pekerja berkemahiran tinggi yang dapat memenuhi keperluan industri berteknologi," titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di sini hari ini.

Sebelum ini Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sejumlah RM78 juta diperuntukkan setiap tahun bagi menjayakan program pendidikan demi hala tuju masa depan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.

Selain itu Kerajaan Negeri turut memperuntuk sebanyak RM9 juta menerusi pinjaman boleh ubah yang dikhaskan kepada anak Selangor melanjutkan pelajaran tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619