AGENSI

PKPS gerak semua kakitangan pastikan program jualan murah lancar

13 Mac 2022, 9:30 AM
PKPS gerak semua kakitangan pastikan program jualan murah lancar
PKPS gerak semua kakitangan pastikan program jualan murah lancar

GOMBAK, 13 MAC: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menggerakkan kakitangan daripada semua jabatan bagi melancarkan perjalanan Program Jualan Prihatin Rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata tidak hanya melibatkan bahagian pemasaran tetapi juga jabatan lain demi memastikan program itu dapat dilaksanakan sempurna.

"Untuk hari ini, seramai 14 kakitangan terlibat di lokasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua bagi membantu sepanjang program.

"PKPS mewakili Kerajaan Negeri dan ini adalah tugas kita untuk membantu rakyat mendapat keperluan harian pada harga berpatutan," katanya ditemui pada program tersebut di sini hari ini.

[caption id="attachment_512661" align="alignright" width="380"] Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Program diadakan setiap hujung minggu di 64 kawasan seluruh negeri bertujuan mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang dan inisiatif ini dianjurkan sehingga Aidilfitri tahun ini.

Sebanyak 10,000 ayam, 3,100 kilogram (kg) daging segar, 6,200 kg ikan kembung dan selayang serta 315,000 biji telur gred B turut disasar untuk dijual sepanjang program berkenaan.

Menerusinya, ayam standard dijual pada harga RM12 seekor, daging pejal segar (RM35 per kg), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM8 per pek).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619