ADN

MB: Jualan murah ringan beban rakyat depani kenaikan harga barang

13 Mac 2022, 7:32 AM
MB: Jualan murah ringan beban rakyat depani kenaikan harga barang

GOMBAK, 13 MAC: Program Jualan Prihatin Rakyat memberi peluang kepada penduduk menikmati pembelian barang keperluan dengan harga lebih murah daripada pasaran.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata biarpun beberapa barang keperluan yang dijual lebih murah, kualiti barang tetap sama dalam pasaran lain.

"Program ini adalah usaha dalam mengurangkan kesan peningkatan harga barang dengan menjual keperluan seperti ayam, telur dan beberapa lain dengan harga mampu milik.

"Menerusi program ini kita dapat memberi peluang kepada penduduk menikmati harga yang jauh lebih murah daripada pasaran. Bukan sahaja murah tetapi kualiti juga tidak terjejas," katanya.

Amirudin berkata demikian ketika ditemui pada program Jualan Prihatin Rakyat di pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua hari ini.

Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu juga memaklumkan program jualan berkenaan merupakan lokaliti ke lapan diadakan sejak dilancar pada 28 Februari lalu.

Program Jualan Prihatin Rakyat diadakan di 64 kawasan seluruh negeri bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang dan inisiatif ini dianjurkan sehingga Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sebanyak 10,000 ayam, 3,100 kilogram (kg) daging segar, 6,200kg ikan kembung dan selayang serta 315,000 biji telur gred B turut disasar untuk dijual sepanjang program berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619