AGENDA

MB: ECRL bakal jadikan utara Selangor hab pengangkutan kereta api

12 Mac 2022, 2:30 PM
MB: ECRL bakal jadikan utara Selangor hab pengangkutan kereta api

HULU SELANGOR, 12 MAC: Kawasan utara Selangor khususnya Batang Kali bakal menjadi hab pengangkutan kereta api dan industri logistik dengan adanya laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pembinaan ECRL menerusi jajaran utara menjadikan proses penghantaran membawa kontena ke Pelabuhan Klang semakin mudah.

"Sebelum ini, dari utara mereka perlu melalui Kuala Lumpur dan kemudian baru ke Pelabuhan Klang. Dengan adanya ECRL, penghantaran barangan ini melalui Serendah Bypass yang menjadi sebahagian jajaran utara.

"Dengan adanya jalan ini, saya percaya bukan hanya kereta api tetapi syarikat logistik dan perkhidmatan penghantaran akan berkembang, sekali gus menjadikan Batang Kali sebagai hab penting kepada industri kereta api," katanya ditemui pada majlis pelancaran projek perumahan Ion Belian Garden di sini hari ini.

Menurut Amirudin, beliau turut menerima cadangan pembangunan pelancongan di sepanjang laluan menuju ke Genting Highland, Pahang.

"Bagaimanapun, rancangan itu perlu diteliti terutama melibatkan aspek alam sekitar sebelum sebarang projek pembangunan dijalankan di kawasan tersebut.

"Ini kerana kebanyakan tanah dimiliki syarikat dan individu yang sedang merangka untuk menjadikannya kawasan pelancongan," katanya.

Pada 2 Disember tahun lalu, Amirudin memaklumkan Kerajaan Selangor bersetuju menerima cadangan kerajaan persekutuan berhubung laluan projek ECRL melalui jajaran utara.

Bagaimanapun, beliau berharap projek itu mengambil kira kesan terhadap alam sekitar seperti kawasan tadahan air berdekatan Empangan Batu dan impak sosial lain antaranya penempatan kampung tradisi serta Orang Asli.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619