AGENDA

MB: Bantuan segera RM10,000 kepada waris mangsa maut tanah runtuh

11 Mac 2022, 3:31 AM
MB: Bantuan segera RM10,000 kepada waris mangsa maut tanah runtuh

AMPANG JAYA, 11 MAC : Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan segera sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata bantuan diberi kepada waris mangsa yang meninggal dunia terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada mangsa lain yang turut terjejas dengan insiden tersebut.

"Setakat ini, kita tumpu untuk memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada waris yang ahli keluarganya meninggal dunia.

"Untuk rumah dan mangsa lain yang turut terjejas, kita akan kaji semula bentuk bantuan yang boleh diberikan kerana buat masa ini kita mahu memastikan keadaan di sini selamat dan boleh diduduki," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat tinjauan di lokasi tanah runtuh hari ini.

Terdahulu Dato' Menteri Besar turut mendengar taklimat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan bomba berhubung kejadian tersebut.

Petang semalam insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang meragut empat nyawa dan seorang cedera ringan, selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa yang dilaporkan tertimbus dilaksanakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pandan, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pelbagai agensi lain bermula 5.54 petang.

Operasi SAR ditamatkan pada kira-kira 2 pagi apabila polis mengesahkan penemuan semua mayat mangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619