AGENDA

Menteri: Semakan tawaran ke sekolah khusus mulai 15 Mac

10 Mac 2022, 9:07 AM
Menteri: Semakan tawaran ke sekolah khusus mulai 15 Mac

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Semakan tawaran kemasukan ke tingkatan satu, tingkatan empat dan tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke sekolah khusus tahun 2022 boleh dibuat Selasa depan (15 Mac).

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata tawaran kemasukan ke sekolah khusus itu melibatkan sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah menengah teknik (SMT), kolej vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.

"Semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi kemasukan ke tingkatan satu dan https://spskt4.moe.gov.my untuk kemasukan ke tingkatan empat serta tahun 1 SVM," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Radzi, pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu tingkatan satu di SBP dan SMKA ditetapkan pada 21 hingga 25 Mac ini, manakala pendaftaran secara fizikal akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu tingkatan empat di SBP dan SMKA juga pada 21 hingga 25 Mac manakala pendaftaran secara fizikal pada 5 April.

"Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu tingkatan empat dan tahun 1 SVM di SMT dan KV pula pada 7 April manakala pendaftaran bagi murid baharu tingkatan empat ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my," kata Radzi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619