AGENDA

30.4 peratus kanak-kanak 5 hingga 11 tahun terima dos pertama vaksin

10 Mac 2022, 1:07 AM
30.4 peratus kanak-kanak 5 hingga 11 tahun terima dos pertama vaksin

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Sebanyak 1,078,539 individu atau 30.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 15,157,782 individu atau 64.4 peratus populasi dewasa negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,931,610 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,208,205 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,833,876 individu atau 91.1 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,934,067 atau 94.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 62,983 dos vaksin diberikan semalam meliputi 18,781 dos pertama, 1,817 dos kedua dan 42,385 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,935,466.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 113 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Selangor mencatatkan 22 kes, diikuti Sabah (18), Johor (14), Kedah (12), Pulau Pinang (10) dan Pahang, sembilan kes.

Perak pula mencatatkan tujuh kes kematian, Negeri Sembilan (enam), Terengganu (empat), Kelantan (tiga) dan Melaka, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur masing-masing dua kes.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619