AGENDA

Lebih 22,000 mangsa banjir Petaling layak terima bantuan RM1,000

9 Mac 2022, 1:39 PM
Lebih 22,000 mangsa banjir Petaling layak terima bantuan RM1,000

SHAH ALAM, 9 MAC: Pejabat daerah dan tanah Petaling berkata lebih 22,000 mangsa banjir daerah itu layak menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB).

Pegawai Daerah Mohd Jusni Hashim berkata daripada jumlah itu hanya 500 mangsa masih belum menerima wang tunai RM1,000 dana BSB.

Katanya mereka boleh mendapatkan sumbangan BSB itu dengan mengunjungi pejabat daerah dan tanah Petaling.

"Hanya sebilangan kecil iaitu 500 isi rumah yang masih belum menerima BSB kerana mereka tidak hadir pada majlis penyerahan.

"Agihan dibuat menerusi pelbagai program berskala besar, selain penyerahan di kawasan perumahan mangsa," katanya kepada Selangorkini, hari ini.

Mohd Jusni berkata pihaknya menjangkakan proses agihan BSB itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menyediakan dana RM100 juta menerusi BSB bagi membaik pulih prasarana, selain sumbangan wang tunai kepada mangsa dan waris mangsa banjir Disember lalu.

Individu yang layak terbahagi kepada tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara berwarta, swasta dan mereka yang kekal di rumah.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619