PBT

Baucar RM10 buat pelanggan bawa bekas sendiri ke bazar Ramadan

9 Mac 2022, 9:01 AM
Baucar RM10 buat pelanggan bawa bekas sendiri ke bazar Ramadan

PUCHONG, 9 MAC: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan baucar bernilai RM10 kepada 1,000 pelanggan yang membawa bekas makanan sendiri ke bazar Ramadan tahun ini.

Tawaran pada setiap Rabu bagi mengurangkan penggunaan plastik dengan ganjaran boleh ditebus di bazar sekitar Subang Jaya, kata Datuk Bandarnya Dato' Johary Anuar.

"Baucar boleh ditebus di mana-mana gerai di 16 lokasi bazar Ramadan sekitar Subang Jaya dengan syarat menunjukkan bekas makanan yang dibawa.

"Setiap pelanggan boleh menikmati peluang sekali sahaja untuk membeli makanan atau minuman di bazar sepanjang Ramadan," katanya menambah baucar boleh digunakan sehari selepas menerimanya.

Sementara itu, Johary berkata penggunaan bekas makanan jenis polistirena dan penyedut minuman plastik kekal dilarang bagi mengurangkan pencemaran sekali gus menyokong inisiatif hijau.

Beliau menjelaskan MBSJ turut menyediakan tong kitar semula minyak masak bagi menggalakkan peniaga bazar mengitar semula minyak yang sudah digunakan.

Seramai 764 peniaga mendaftar di bazar Ramadan bawah pentadbiran MSBJ membabitkan zon Subang Jaya, Puchong, Kinrara, Serdang dan Seri Kembangan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619