AGENDA

Menteri: Kelab malam kekal ditutup dalam fasa peralihan endemik

9 Mac 2022, 6:49 AM
Menteri: Kelab malam kekal ditutup dalam fasa peralihan endemik

SHAH ALAM, 9 MAC: Kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi dalam peralihan ke fasa endemik bermula 1 April ini, kata menteri kesihatan.

Menurut Khairy Jamaluddin, larangan itu dikekalkan berikutan premis hiburan terbabit berisiko tinggi untuk menyebarkan jangkitan Covid-19.

"Hanya satu jenis premis sahaja berada dalam senarai negatif iaitu kelab malam kerana persekitaran yang berisiko tinggi jika dibuka meskipun dalam fasa peralihan endemik," katanya dalam sidang media hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara memasuki fasa peralihan endemik dan pembukaan semula sempadan negara awal bulan depan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko dan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Malaysia menutup sempadan negara kepada pelancong dan pelawat asing sejak Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 untuk mengekang penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619