ADN

300 mangsa banjir Taman Medan ditempatkan di dua pusat pemindahan

8 Mac 2022, 12:02 AM
300 mangsa banjir Taman Medan ditempatkan di dua pusat pemindahan

SHAH ALAM, 8 MAC: Seramai 300 mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi.

Ahli Dewan Negerinya Syamsul Firdaus Mohamed Supri berkata jumlah itu membabitkan penduduk di kawasan PJS 1, PJS 2C/10 dan PJS 3.

"Jumlah yang terjejas mungkin ramai tetapi tiada angka rasmi diperoleh setakat ini kerana kebiasaannya banjir di Taman Medan cepat surut.

"Semua mangsa kini ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata pihaknya mengambil langkah segera dengan menyediakan makanan kepada mangsa banjir di PPS.

"Sumbangan makanan masak disediakan dan diagihkan kepada 300 mangsa," katanya.

Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di Selangor selepas hujan lebat sejak 3 petang semalam.

Antara kawasan terjejas di negeri ini ialah Bandar Baru Sungai Buloh, Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang dan Kampung Melayu Sungai Serai, Batu Arang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619