AGENSI

300 mangsa banjir dipindah ke lapan pusat pemindahan

7 Mac 2022, 1:52 PM
300 mangsa banjir dipindah ke lapan pusat pemindahan

SHAH ALAM, 7 MAC: Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di negeri ini menempatkan 300 mangsa banjir setakat 8.30 malam tadi.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata jumlah mangsa itu terdiri daripada 56 keluarga.

PPS berkenaan ialah Dewan Camelia Seksyen 10, Sekolah Kebangsaan Puchong Indah, Dewan Batu 3, Dewan Kampung Seri Aman, Dewan Puchong Jaya, Dewan MPS Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35.

"Skuad Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah digerakkan ke Kampung Tengah, Kampung Baru Seri Kembangan, Taman Kinrara 1, Taman Kinrara 4 and Puncak Jalil 8 di Seri Kembangan untuk membantu," katanya menerusi Twitter.

Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur, berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial.

Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak 3 petang dan antara kawasan terjejas di negeri itu ialah Bandar Baru Sungai Buloh, Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang dan Kampung Melayu Sungai Serai, Batu Arang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619