AGENDA

Persidangan halal berlangsung meriah, pengunjung patuh SOP

5 Mac 2022, 3:43 PM
Persidangan halal berlangsung meriah, pengunjung patuh SOP

SHAH ALAM, 5 MAC: Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) 2022 yang memasuki hari kedua berlangsung meriah mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

EXCO industri halal berkata lebih 1,000 orang awam menyertai acara itu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini manakala 500 lagi secara dalam talian melalui Facebook Selhac.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni menjelaskan orang ramai yang hadir secara fizikal dipantau ketat pegawai bertugas bagi mengelak pelanggaran SOP.

"Alhamdulillah jika dilihat secara rawak, lebih 1,000 orang hadir ke SACC untuk melihat sendiri produk dipamerkan pemain industri selain mendapatkan pendedahan berkaitan sektor halal.

"Bagaimanapun kita pastikan mereka menjaga SOP kerana bimbang dengan peningkatan kes Covid-19. Kita menjangkakan kehadiran lebih ramai pengunjung esok," katanya ketika ditemui selepas merasmikan persidangan itu di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Selangorkini di lokasi sejak pagi tadi mendapati program berjalan lancar seperti dijadualkan manakala gerai pempamer tidak putus-putus dikunjungi orang awam.

Berlangsung selama tiga hari, Selhac membuka tirai semalam menampilkan tiga komponen iaitu forum, ekspo dan padanan perniagaan.

Sebanyak 100 pempamer daripada 40 syarikat turut serta dalam acara itu membabitkan kluster makanan, farmasi, kecantikan, pelancongan, fesyen dan bahan halal.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619