AGENDA

Kelas secara bersemuka pelajar sekolah menengah mulai 4 April

5 Mac 2022, 3:57 AM
Kelas secara bersemuka pelajar sekolah menengah mulai 4 April

SHAH ALAM, 5 MAC: Sesi persekolahan untuk 2022/2023 tetap dibuka mengikut tarikh ditetapkan pada 21 Mac ini, kata menteri kanan pendidikan.

Datuk Dr Radzi Jidin bagaimanapun berkata sesi persekolahan pelajar menengah dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) terlebih dahulu selama dua minggu bermula tarikh buka sekolah.

Beliau menjelaskan pelajar sekolah menengah hanya dibenarkan hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka mulai 4 April tanpa penggiliran.

"Keputusan ini tertakluk kepada semua murid berkeperluan khas di sekolah menengah pendidikan khas (SMKPK) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI).

"Ia turut membabitkan pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4, 5, prauniversiti,  International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara," katanya menerusi perkongsian video di Facebook.

Beliau berkata untuk sekolah berasrama penuh pula, pelajar yang dibenarkan pulang kes asrama pada 4 April adalah pelajar tingkatan 2, 3, 4, 5, prauniversiti, IBDP serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara

“Pelajar tingkatan 1 yang berjaya masuk ke sekolah berasrama perlu memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian sehingga tarikh kemasukan ke asrama diumumkan,” katanya,

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619