AGENDA

Jangkitan harian catat angka tertinggi 33,209 kes, hanya 203 serius

5 Mac 2022, 3:00 AM
Jangkitan harian catat angka tertinggi 33,209 kes, hanya 203 serius

SHAH ALAM, 5 MAC: Jumlah jangkitan harian Covid-19 meningkat 742 kes kepada 33,209 kes semalam, mengatasi angka tertinggi 32,467 kes yang dicatatkan kelmarin.

Kes serius atau kategori 3, 4, dan 5 masih rendah iaitu 203 kes manakala kategori satu (tanpa gejala) 12,935 kes dan dua (gejala ringan) merekodkan 20,071 kes.

Daripada 203 kes kategori 3, 4, dan 5, sebanyak 43 kes (21.18 peratus) tidak divaksin atau belum lengkap, 117 kes (57.64 peratus) menerima dua dos tetapi belum menerima dos penggalak dan 43 kes (21.18 peratus) menerima dos penggalak.

Selain itu 119 kes (58.62 peratus) melibatkan pesakit berumur 60 tahun ke atas, 67 kes (33 peratus) mempunyai komorbid dan 1 kes (0.49 peratus) melibatkan ibu mengandung.

Pecahan kes mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • Kategori 1: 12,935 kes (38.95 peratus)
  • Kategori 2: 20,071 kes (60.44 peratus)
  • Kategori 3: 98 kes (0.30 peratus)
  • Kategori 4: 52 kes (0.15 peratus)
  • Kategori 5: 53 kes (0.16 peratus)

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan angka terkumpul setakat semalam 3,561,766 kes.

"Sehingga tengah malam tadi sebanyak 305,010 kes aktif dilaporkan melibatkan 292,696 kes kuarantin di rumah, 3,442 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, 8,524 kes di hospital, 137 kes di unit rawatan rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 211 kes di ICU dengan bantuan pernafasan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619