AGENDA

Bekalan air di Klang pulih sepenuhnya

1 Mac 2022, 8:56 AM
Bekalan air di Klang pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 1 MAC: Air Selangor memaklumkan bekalan air di 11 kawasan terjejas di Klang sudah pulih sepenuhnya pada jam 4 petang tadi.

Insiden paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas, Klang pada jam 8 malam semalam, menyebabkan gangguan bekalan air di kawasan berkenaan.

Kawasan terjejas adalah Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Jalan Bendahara, Jalan Bentara, Jalan Laksamana, Jalan Raja Nong, Jalan Seri Sarawak, Jalan Sg. Jati, Jalan Temenggung, Taman Rakyat dan Taman Sentosa.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

"Pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com. Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor," katanya menerusi aplikasi Air Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619