AGENDA

Kos pengurusan air, banjir Selangor libat dana RM7 bilion

1 Mac 2022, 3:27 AM
Kos pengurusan air, banjir Selangor libat dana RM7 bilion

SABAK BERNAM, 28 FEB: Kos pengurusan air dan banjir di Selangor melibatkan peruntukan RM7 bilion, kata EXCO infrastruktur.

Ir Izham Hashim berkata kos itu dibentangkan ketika program pemukiman EXCO di Langkawi, Kedah pada 23 Februari lalu.

"Dari segi dasarnya mesyuarat bersetuju, cuma proses untuk melaksanakan (secara) berperingkat dengan dana sebahagiannya melibatkan kerajaan pusat. Kita akan guna dana negeri dan anak syarikat untuk menyelesaikannya.

"Penyelesaian banjir melibatkan seluruh sistem, semua kolam takungan, parit, longkang, sungai, terowong dan pintu air, semuanya terlibat. Saya akan perincikan dan perkemaskannya serta diumumkan dalam sidang media," katanya selepas merasmikan Program Jualan Prihatin Rakyat di Balai Rakyat Taman Berjaya di sini Ahad lalu.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember tahun lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Selain menyebabkan kerosakan harta benda, seramai 13 individu turut terkorban.

Susulan itu Kerajaan Negeri menyediakan dana RM100 juta bagi menjayakan program Bantuan Selangor Bangkit bagi membaik pulih prasarana selain sumbangan wang tunai RM1,000 kepada setiap isi rumah dan RM10,000 untuk waris korban banjir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619