AGENSI

Biasiswa bantu wanita lanjut pelajaran boleh dimohon hingga 15 Mac

28 Feb 2022, 6:20 AM
Biasiswa bantu wanita lanjut pelajaran boleh dimohon hingga 15 Mac
Biasiswa bantu wanita lanjut pelajaran boleh dimohon hingga 15 Mac

SHAH ALAM, 28 FEB: Permohonan biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) bagi Program Pembelajaran Sepanjang Hayat kini dibuka kepada orang ramai sehingga 15 Mac depan.

Tawaran itu turut terbuka kepada alumni Akademi Kepimpinan Wanita berusia 21 hingga 40 tahun untuk melanjutkan pengajian dalam pengurusan, pemasaran, sumber manusia, perniagaan dan sains politik.

"Biasiswa bermatlamat menyediakan wanita berilmu pengetahuan serta berkompetensi tinggi menerusi pendidikan berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam titik tumpuan tiga iaitu kepimpinan dan perwakilan," kata WBS di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM200,000 setahun untuk program tersebut bagi membantu wanita negeri ini menyambung pelajaran di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana.

Biasiswa yang dilaksana dengan kerjasama Open University Malaysia (OUM) khusus untuk mereka yang terpilih dan berada di pelbagai peringkat kepimpinan serta lapangan.

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.wbselangor.com.my.

Syarat kelayakan seperti berikut:

Orang awam

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan pengundi negeri ini
  • Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan
  • Memenuhi syarat kelayakan kursus dipohon (rujuk melalui laman sesawang)

Alumni AKW

  • Tamat pengajian program AKW dan bergraduasi
  • Memenuhi syarat kelayakan kursus dipohon (rujuk melalui laman sesawang)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619