AGENDA

Jais: Hanya jemaah lengkap dos penggalak dibenar solat Jumaat di masjid, surau

27 Feb 2022, 10:57 AM
Jais: Hanya jemaah lengkap dos penggalak dibenar solat Jumaat di masjid, surau

SHAH ALAM, 27 FEB: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan tatacara operasi piawai (SOP) yang menetapkan hanya jemaah lengkap dos penggalak dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau negeri ini.

Pengarahnya Dato' Mohd Shahzihan Ahmad berkata kenyataan dikeluarkan timbalan ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini bertujuan memaklumkan orang ramai bahawa SOP berkenaan hanya membabitkan umat Islam di Selangor.

"Betul kenyataan yang dikeluarkan Jakim. Maknanya dia (Jakim) memaklumkan bahawa hal ehwal Islam adalah bidang kuasa negeri-negeri.

"Perkara ini sangat jelas tetapi semua pihak yang tidak berkaitan turut diselar macam-macam,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Terdahulu, Datuk Hakimah Mohd Yusoff memaklumkan SOP yang ditetapkan berdasarkan surat pekeliling Jais bertarikh 21 Februari lalu hanya terpakai di masjid dan surau di Selangor.

Beliau berkata Jakim menghormati ketetapan dibuat pihak berkuasa agama negeri ini dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619