AGENDA

Banjir: Dua cerun runtuh, 14 laluan ditutup kepada semua kenderaan di Kelantan

27 Feb 2022, 8:15 AM
Banjir: Dua cerun runtuh, 14 laluan ditutup kepada semua kenderaan di Kelantan

KOTA BHARU, 27 FEB: Sebanyak 14 laluan ditutup kepada semua kenderaan dan dua cerun runtuh berlaku di Kelantan akibat banjir yang melanda negeri itu sejak Jumaat lepas.

Portal laman rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui http://bencanaalam.jkr.gov.my, memaklumkan sebanyak lima laluan ditutup kepada semua kenderaan di Pasir Mas iaitu Jalan SK Gual Tok Deh, Jalan Banggol Kulim, Jalan Pengkalan Rakit - Batu Karang, Jalan Sekolah Cina dan Jalan Bunga Raya dekat Rantau Panjang.

Tiga laluan yang ditutup kepada semua kenderaan di Tanah Merah pula ialah Jalan Panglima Bayu - Rantau Panjang, Jalan Masuk Forest Checking Station - Kubor Kampung Nibong dan Jalan Tanah Merah - Kusial - Kampung Ipoh - Batu 8.

Di Kuala Krai, laluan yang terlibat ialah Jalan Jirat dan Jalan Bukit Sireh - Kampung Bedal - Kuala Nal manakala di Machang adalah Jalan Sungai Mati - Kerawang dan Jalan Pangkal Meleret - Limau Hantu yang turut ditutup kepada semua kenderaan.

Di Pasir Puteh, satu laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Semerak dan di Tumpat pula melibatkan jalan persekutuan iaitu jalan Kota Bharu - Pasir Mas - Rantau Panjang.

Sementara itu, dua cerun runtuh dilaporkan berlaku di Kelantan adalah Jalan Felda Kemahang di Tanah Merah yang mana laluannya hanya dibuka satu lorong kepada semua kenderaan dan Jalan Dari Simpang Kuala Nal (Pasir Era ke Temangan) sempadan Kuala Krai dan Machang yang ditutup kepada semua kenderaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619