AGENSI

Galeri Shah Alam bakal anjur Pasar Seni Genta setiap bulan

26 Feb 2022, 8:33 AM
Galeri Shah Alam bakal anjur Pasar Seni Genta setiap bulan

SHAH ALAM, 26 FEB: Pasar Seni Genta bakal diadakan pada minggu keempat setiap bulan, jika perbincangan mengenai hasrat itu mendapat sokongan pihak berkaitan.

Galeri Shah Alam berkata program itu diharap dapat membantu memulihkan industri kreatif yang terjejas susulan wabak Covid-19.

Pengarahnya Alina Abdullah berkata perbincangan dengan Rumah Seni Selangor (RUSSEL) sedang berlangsung susulan sambutan menggalakkan pada penganjuran sulung hari ini.

"Kita tidak jangka ramai pengunjung yang memeriahkan program ini walaupun kali pertama ia diadakan. Insya-Allah, penganjuran selepas ini akan mengetengahkan pengisian hampir sama.

"Hebahan kepada penggiat seni dan kraf juga akan dilaksanakan supaya mereka sama-sama terbabit dalam acara ini," katanya ketika ditemui di pekarangan Laman Budaya Tasik Shah Alam di sini.

Ketika ditemui, seorang pemuisi, Syahirah melahirkan rasa gembira kerana masih berpeluang mengadakan persembahan selepas tidak dapat berbuat demikian akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pada program itu, beliau mempersembahkan puisi bertajuk 'Hilang' dan 'I was Always The Middle Men'.

Acara yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 9 malam menawarkan jualan pelbagai barangan seni dan kraf, buku, makanan dan minuman dalam usaha menjana ekonomi masyarakat setempat.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Galeri Shah Alam melalui pautan https://galerishahalam.com/.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619