AGENSI

4,000 lagi mangsa bah di Shah Alam, Klang dapat bantuan negeri

22 Feb 2022, 1:00 PM
4,000 lagi mangsa bah di Shah Alam, Klang dapat bantuan negeri
4,000 lagi mangsa bah di Shah Alam, Klang dapat bantuan negeri

SHAH ALAM, 22 FEB: Seramai 4,000 keluarga terjejas banjir sekitar Shah Alam dan Klang menerima

Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Dewan MBSA Kemuning Utama di sini hari ini.

Datuk Bandar Shah Alam Dato' Zamani Ahmad Mansor menjangka sumbangan yang diagih secara berperingkat sejak Disember tahun lalu selesai hujung bulan ini.

"Majlis Bandaraya Shah Alam menyediakan tempat bagi membantu Pejabat Daerah dan Tanah Klang menyalurkan sumbangan ini yang akan selesai sebelum 28 Februari," katanya ketika ditemui.

[caption id="attachment_509950" align="aligncenter" width="724"] Sukarelawan menyemak butiran mangsa banjir sebelum menerima Bantuan Selangor Bangkit di Dewan MBSA Kemuning Utama, Shah Alam pada 22 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang agihan berlangsung, Zamani berkata penguat kuasa dan polis mengawal dalam dan luar dewan bagi memastikan keadaan terkawal.

Pada Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri menyediakan RM100 juta bagi membaik pulih prasarana selain sumbangan tunai RM1,000 kepada setiap isi rumah dan RM10,000 untuk waris korban banjir.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sebelum ini menganggarkan kerugian sekitar RM1.4 bilion susulan bah termasuk kos baik pulih infrastruktur kira-kira RM400 juta.

Beliau sebelum ini turut memohon maaf atas kelewatan agihan bantuan tersebut berikutan banyak permohonan bertindih dan memerlukan semakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619