AGENDA

Dua kilang gagal urus sisa kena kompaun RM16,000

21 Feb 2022, 1:58 AM
Dua kilang gagal urus sisa kena kompaun RM16,000

SHAH ALAM, 21 FEB: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengeluarkan kompaun RM16,000 terhadap dua kilang di Petaling Jaya dan Sepang kelmarin, ekoran gagal menguruskan sisa dengan betul.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan tindakan itu diambil selepas penguat kuasa melakukan rondaan dan siasatan aduan di sekitar kawasan perindustrian Gombak, Petaling Jaya, Johan Setia dan Sepang.

"Premis dikompaun itu adalah kilang yang menghasilkan produk kecantikan dan membiarkan loji rawatan air sisa beroperasi tanpa pengawasan serta tidak melabelkan bekas buangan terjadual.

"Sebuah lagi di Sepang yang gagal menguruskan buangan terjadual dengan baik," katanya menerusi kenyataan.

Pada masa sama, JAS Selangor turut menyiasat aktiviti pembakaran terbuka di Bukit Kemuning, di sini dan mendapati terdapat kesan kabel getah terbakar di kawasan perumahan terbabit.

Jelasnya, tindakan amaran dan kompaun sudah dikeluarkan kepada pelaku.

"Seterusnya, siasatan turut dijalankan terhadap kes pembakaran terbuka sampah haram di Jalan Bukit Kemuning dan mendapati terdapat pembakaran terbuka sisa sampah yang dibakar di atas tanah lapang," ujarnya.

Justeru, JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes pencemaran kepada pihaknya di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di eaduan@doe.gov.my.

Orang ramai juga boleh melaporkan kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619