AGENDA

Jangkitan Covid-19 makin merebak namun kategori serius masih rendah

20 Feb 2022, 3:21 AM
Jangkitan Covid-19 makin merebak namun kategori serius masih rendah

SHAH ALAM, 20 FEB: Jangkitan Covid-19 melonjak lebih 1,000 kes lagi kepada 28,825 setakat semalam, namun jumlah pesakit serius kekal rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 99.67 peratus atau 28,730 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

"Daripada 28,825 kes harian yang dilaporkan semalam, sebanyak 95 kes atau 0.33 peratus adalah dalam kategori 3, 4 dan 5," katanya dalam kenyataan pagi ini.

Majoriti pesakit dalam kategori 2, berikut pecahan kes mengikut kategori:

Kategori 1: 8,412 kes (29.18 peratus)

Kategori 2: 20,318 kes (70.49 peratus)

Kategori 3: 59 kes (0.20 peratus)

Kategori 4: 22 kes (0.08 peratus)

Kategori 5: 14 kes (0.05 peratus)

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 28 kes atau 29.47 peratus dalam kategori serius tidak divaksinasi atau belum lengkap suntikan manakala 49 kes (51.58 peratus) lengkap dua dos.

Sementara 18 kes (18.95 peratus) dalam kategori sama telah menerima dos penggalak, 41 kes (43.16 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 48 kes (50.53 peratus) mempunyai komorbid.

"Dilaporkan sembilan kes (daripada keseluruhan 28,825 kes) meninggal dunia, termasuk empat kes kematian di luar hospital," katanya lagi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619