AGENDA

Lima skrin gergasi dipasang, mudahkan tonton separuh akhir Badminton Asia

19 Feb 2022, 12:25 AM
Lima skrin gergasi dipasang, mudahkan tonton separuh akhir Badminton Asia
Lima skrin gergasi dipasang, mudahkan tonton separuh akhir Badminton Asia

SHAH ALAM, 19 FEB: Lima skrin gergasi disediakan di luar Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini bagi memudahkan peminat menonton perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Mohd Khairuddin Othman berkata inisiatif tersebut berikutan jumlah penonton dibenarkan ke gelanggang terhad 200 orang bagi setiap sesi pertandingan.

“Kita terima permintaan menggalakkan malah ada penonton yang sanggup menunggu di luar SCCC bagi menggantikan kekosongan kerusi,” katanya menambah pemasangan skrin bergantung keadaan cuaca.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin yang juga EXCO pembangunan sukan berkata bilangan kerusi akan ditambah kepada 800 jika skuad negara layak ke perlawanan akhir.

Malaysia ke peringkat separuh akhir selepas skuad lelaki menjuarai Kumpulan B manakala skuad wanita mendahului Kumpulan Y dengan kedua-duanya dijadual menentang Korea Selatan.

[caption id="attachment_509509" align="aligncenter" width="707"] Segelintir penyokong yang hadir memberi sokongan ketika aksi terakhir kumpulan B menentang Jepun pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 18 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619