EXCO

EXCO: Hampir RM20 juta dibelanja laksana operasi bersih pascabanjir

18 Feb 2022, 7:26 AM
EXCO: Hampir RM20 juta dibelanja laksana operasi bersih pascabanjir

SHAH ALAM, 18 FEB: Hampir RM20 juta dibelanjakan Kerajaan Selangor setakat ini bagi melaksanakan operasi pembersihan pascabanjir fasa satu dan dua.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata peruntukan itu termasuk mewujudkan satu kawasan khas di Jeram untuk meletakkan sisa sampah banjir.

"Kita belum tahu berapa banyak sudah dibelanjakan setakat ini, kemungkinan hampir RM20 juta sudah diguna termasuk yang akan diberikan kepada KDEB Waste Management, pihak berkuasa tempatan dan Worldwide Holdings.

"Kita bayar kepada Worldwide Holdings kerana sejak pembersihan banjir mereka terpaksa mewujudkan satu kawasan khas di Jeram untuk meletakkan sisa sampah banjir sahaja," katanya kepada SelangorKini.

Sze Han berkata Kerajaan Negeri juga merancang memperluaskan longkang dan meninggikan ban di beberapa kawasan terjejas bagi mengurangkan risiko banjir pada masa datang.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180 milimeter, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Pada 21 Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir.

Selain pemulihan infrastruktur, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada waris korban banjir dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619