AGENDA

Badminton Asia: Skuad negara tidak pandang rendah lawan, azam baiki kelemahan

17 Feb 2022, 3:42 PM
Badminton Asia: Skuad negara tidak pandang rendah lawan, azam baiki kelemahan

SHAH ALAM, 17 FEB: Pemain perseorangan negara Kok Jing Hong tidak memandang rendah pencabarnya meskipun menang mudah dalam aksi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 petang tadi.

Atlet berusia 20 tahun yang menewaskan pemain Kazakhstan Tajibullayev Makshut 21-8, 21-4 terus

berazam untuk memperbaiki kelemahan dan mencari kekuatan diri dalam perlawanan seterusnya.

"Terima kasih kepada Persatuan Badminton Malaysia kerana beri peluang saya terlibat dalam perlawanan hari ini, saya cuba lontarkan kebolehan termasuk tidak memandang rendah pihak lawan.

"Masih banyak perlu belajar dan saya masih mencari kekurangan serta kekuatan diri sendiri. Harap dapat buat yang terbaik pada perlawanan seterusnya," kataya.

Sementara itu, gandingan beregu Man Wei Chong dan Tee Kai Wun mengakui sorakan penyokong membakar semangat mereka untuk menentang pihak lawan.

"Kita tidak tahu apa kelemahan pihak lawan, apa yang ditonjolkan tadi adalah usaha kami bersama dan sokongan daripada penonton juga, terima kasih buat semua," kata Wei Chong.

Skuad lelaki negara mengesahkan slot ke separuh akhir BATC 2022 secara automatik apabila membenam Kazakhstan 5-0 dan dijadual menentang Jepun dalam aksi terakhir kumpulan, jam 4 petang esok.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619