AGENSI

Mais tawar 30 unit rumah sewa serendah RM500 untuk penjawat awam, swasta

16 Feb 2022, 7:27 AM
Mais tawar 30 unit rumah sewa serendah RM500 untuk penjawat awam, swasta
Mais tawar 30 unit rumah sewa serendah RM500 untuk penjawat awam, swasta

SHAH ALAM, 16 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menawarkan 30 unit rumah sewa di Seksyen 3 di sini untuk kakitangan kerajaan dan swasta.

Agensi itu memaklumkan kediaman tiga bilik dan dua bilik air di Wisma Mais itu ditawarkan kepada mereka yang berkeluarga sahaja serta mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM5,000.

"Sewa RM500 ditawarkan bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan manakala bagi sektor swasta nilai sewaan ialah RM600.

"Mereka yang berminat dengan rumah berkeluasan 600 kaki persegi ini boleh mendapatkan borang permohonan sewaan di laman web www.mais.gov.my/sewaan/," katanya menerusi kenyataan.

Antara kemudahan terdapat di bangunan ialah kawalan keselamatan 24 jam, sistem kamera litar tertutup, 220 kawasan parkir terbuka, surau dan perpustakaan wakaf serta berdekatan restoran dan kedai runcit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619