AGENDA

Selangor sasar anjur pelbagai kejohanan, libat peserta luar negara

16 Feb 2022, 4:03 AM
Selangor sasar anjur pelbagai kejohanan, libat peserta luar negara

SHAH ALAM, 16 FEB: Kerajaan Negeri menganjurkan pelbagai kejohanan sukan berskala sederhana di peringkat daerah mulai tahun ini dengan menyasarkan penyertaan dari luar negara.

Inisiatif bagi menyemarak semangat kesukanan itu dijayakan dengan kerjasama Tourism Selangor mengikut tatacara operasi piawai (SOP), kata EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman.

"Sebaik selesai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), kita akan turun jelajah ke daerah untuk anjurkan kejohanan sukan tetapi menjadikannya sebagai acara antarabangsa dengan melibatkan peserta luar negara.

"Objektif penganjuran adalah bagi membangkitkan semula semangat kesukanan sesuai dengan tema Selangor Bangkit yang diperkenalkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari," katanya ketika ditemui pada BATC 2022 di Pusat Konvensyen Setia City dekat sini malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata Selangor sentiasa mengorak langkah ke hadapan bagi memajukan industri sukan meskipun berdepan kekangan SOP susulan pandemik Covid-19.

"Kalau boleh kita tidak mahu industri ini mati. Atas faktor itu, kita sentiasa mencari ruang untuk bergerak memajukan sukan di Selangor.

"Kita juga tidak boleh menunggu keputusan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) semata-mata (penganjuran acara sukan). Oleh sebab itu kita ambil peluang yang ada untuk kembangkan bidang sukan," katanya lagi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619