AGENDA

Sejuta dijangka tonton kejohanan badminton Asia setiap hari

15 Feb 2022, 12:40 AM
Sejuta dijangka tonton kejohanan badminton Asia setiap hari
Sejuta dijangka tonton kejohanan badminton Asia setiap hari

SUBANG JAYA, 15 FEB: Siaran langsung Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 yang membuka tirainya di Pusat Konvensyen Setia City hari ini dijangka menarik sejuta penonton setiap hari.

EXCO Pembangunan Sukan Mohd Khairuddin Othman meramalkan sukan berprestij itu mendapat sokongan lebih 20 negara Asia dan dunia sekali gus mempromosi Selangor dalam pelbagai aspek.

"Kesannya dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri melalui penggunaan fasiliti, penginapan hotel, kehadiran pelancong serta penjualan makanan dan minuman,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam BATC 2022 malam tadi.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk V Subramaniam di Ballroom Hotel Sunway & Resort di sini.

[caption id="attachment_508909" align="alignleft" width="375"] EXCO Pembangunan Sukan Mohd Khairuddin Othman berucap pada Majlis Makan Malam dan Penghargaan Penaja Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022 di Hotel Sunway & Resort, Subang Jaya pada 14 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mohd Khairuddin berkata kejohanan melibatkan 142 peserta dari lapan negara akan membantu pembangunan industri sukan dan meningkatkan kepakaran agensi negeri dalam penganjuran bidang itu.

“Kita harap selepas ini dapat laksanakan kejohanan sukan di peringkat dunia. Mungkin pengalaman BATC 2022 mengajar kita untuk anjur pertandingan lebih besar,” katanya lagi.

Kejohanan sehingga Ahad ini ditaja Kerajaan Selangor dan anak syarikat antaranya Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Invest Selangor dan KDEB Waste Management.

Turut terlibat ialah Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Selangor buat julung kali menjadi tuan rumah BATC 2022 yang diselaraskan Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama BAM dan Badminton Asia.

BATC yang disertai Malaysia, Indonesia, India, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Hong Kong dan Kazakhstan menjadi sesi kelayakan Asia untuk Piala Thomas dan Uber di Bangkok, Thailand pada Mei.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619