AGENSI

GPMS jadi rakan strategik MBI, agih kad SIM percuma kepada pelajar

14 Feb 2022, 11:55 PM
GPMS jadi rakan strategik MBI, agih kad SIM percuma kepada pelajar

SHAH ALAM, 15 FEB: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor dilantik sebagai rakan strategik untuk mengagihkan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) kepada mahasiswa negeri ini.

Persatuan itu akan mengedarkan 3,000 kad SIM dilengkapi data internet percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, kata Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

"Pelajar luar Selangor juga boleh mendapat langganan internet percuma selama setahun jika layak,” kata Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor.

Januari lalu, beliau berkata sebanyak 3,000 kad SIM akan diagih kepada mahasiswa dengan keutamaan kepada pelajar Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Pada 4 Ogos tahun lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menerima kad SIM dilengkapi data internet percuma selama 12 bulan.

Selain pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor, inisiatif itu turut memanfaatkan peminjam Yayasan Selangor, pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor, peniaga, petani dan ibu tunggal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619