BERITA UTAMA

MBSA perkenal program kucing angkat, tingkat kesedaran pelihara haiwan terbiar

14 Feb 2022, 4:36 AM
MBSA perkenal program kucing angkat, tingkat kesedaran pelihara haiwan terbiar

SHAH ALAM, 14 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Program Kucing Angkat membabitkan 15 ekor haiwan itu bersempena dengan Hari Tanpa Kenderaan edisi bulan ini, bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak empat ekor kucing menerima pemilik baharu pada Ahad lalu.

"Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk setempat dan menggalakkan kerjasama secara berterusan daripada semua pihak untuk bersikap lebih bertanggungjawab kepada haiwan peliharaan demi untuk persekitaran yang bersih dan selamat.

"Selain itu, ia juga merupakan platform untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemilikan haiwan secara bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua kucing terbabit ditangkap oleh pihak MBSA di beberapa kawasan seperti pasar dan gerai.

"Sebelum diserahkan kepada pemilik baharu, semua kucing itu sudah divaksin dan menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.

Katanya, MBSA turut mendapat kerjasama daripada iVET Medical Centre Shah Alam (iVET Petcare) dan tajaan makanan dari Nazwan Resources Sdn. Bhd bagi menjayakan program itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619