AGENDA

Tangguh umrah, jemaah dapat sagu hati RM1,671 mulai 18 Februari

13 Feb 2022, 6:36 AM
Tangguh umrah, jemaah dapat sagu hati RM1,671 mulai 18 Februari

SHAH ALAM, 13 FEB: Jemaah umrah yang terpaksa membatalkan perjalanan ke Mekah susulan penularan varian Omicron akan menerima sagu hati berjumlah RM1,671 pada 18 Februari.

Bayaran itu akan dikreditkan ke akaun simpanan Tabung Haji (TH) penerima setelah dipersetujui dalam mesyuarat beberapa kementerian sebelum ini, kata menteri hal ehwal agama.

Menurut Datuk Idris Ahmad, seramai 8,027 jemaah umrah yang terkesan layak menerima ganti rugi itu namun hampir 1,000 dikesan belum mempunyai akaun simpanan TH.

"Oleh kerana kaedah bayaran melalui akaun simpanan TH, maka saya menyeru semua jemaah umrah yang belum mempunyai akaun untuk membukanya sebelum 18 Februari," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata pendaftaran akaun boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan www.thijari.com.my dan hadir ke kaunter TH terdekat bagi proses pengaktifan secara biometrik.

Idris menambah, mereka juga boleh merujuk mana-mana cawangan TH untuk pendaftaran secara manual dan akan dilayan serta-merta tanpa perlu beratur atau menunggu lama.

"Saya juga maklumkan kepada TH supaya segala tuntutan pembayaran ini dipermudah semaksimumnya supaya tidak berlaku kesulitan yang besar terhadap tuntutan ini," katanya lagi.

Kerajaan menangguhkan sementara kebenaran umrah bermula 8 Januari susulan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah dan membenarkannya semula sebulan selepas itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619