AGENSI

Tradisi Ponggal diperkenal, suburkan budaya masyarakat India

12 Feb 2022, 2:20 PM
Tradisi Ponggal diperkenal, suburkan budaya masyarakat India
Tradisi Ponggal diperkenal, suburkan budaya masyarakat India
Tradisi Ponggal diperkenal, suburkan budaya masyarakat India

SHAH ALAM, 12 FEB: Ikatan bunga dan gubahan daun kelapa antara tradisi perayaan Ponggal yang diperkenalkan kepada belia India bagi menyuburkan budaya masyarakat itu.

Ahli Majlis Zon 5 Majlis Bandaraya Shah Alam S Sarawanan berkata usaha itu penting bagi memastikan amalan tersebut tidak lapuk di sebalik arus pemodenan yang pesat.

“Sekarang zaman teknologi, banyak budaya dan tradisi yang mereka (belia) tidak tahu malah tidak pernah ditunjukkan di hadapan mereka.

[caption id="attachment_508630" align="alignright" width="311"] S Sarawanan[/caption]

“Jadi, kita sebagai ibu bapa tidak mahu ia terus hilang dan dilupakan. Budaya dan tradisi ini perlu dihidupkan dan kekal sampai bila-bila,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau ditemui pada Majlis Malam Irama dan Pertandingan Tradisional India sempena perayaan Hari Ponggal di Kuil Sri Maha Mariamman Ken Rimba di sini hari ini.

Sarawanan menambah majlis yang diusahakan sendiri pihaknya turut memperkenalkan tradisi pecah periuk ponggal, mengopek kelapa dan pakaian tradisional beragam.

Jelasnya, acaran tahunan yang melibatkan kira-kira 100 penyertaan tertangguh selama dua tahun susulan penularan Covid-19 dan kes tinggi.

“Ini kali pertama diadakan sejak wabak menular. Selalunya kita buat di tujuh kuil sekitar bandar raya ini tetapi tahun ini dihadkan bagi menjaga tatacara operasi piawai,” katanya.

Ponggal atau pesta menuai disambut pada 14 hingga 17 Januari lalu sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki.

[caption id="attachment_508627" align="aligncenter" width="722"] Peserta mengikat bunga ketika Majlis Malam Irama dan Pertandingan Tradisional India sempena Hari Ponggal di Sri Maha Mariaman Ken Rimba, Padang Jawa, Shah Alam pada 12 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619