AGENDA

Guru Kafa ambil cuti bersalin dapat elaun penuh mulai 1 Januari

12 Feb 2022, 12:26 AM
Guru Kafa ambil cuti bersalin dapat elaun penuh mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari diberi kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zakaria Othman berkata kemudahan itu akan diberi sekali sahaja sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata kemudahan itu diberi selaras dengan penambahbaikan Peraturan KAFA Tahun 2022 yang memasukkan perkara berkaitan cuti bersalin berelaun selama 60 hari.

"Sehubungan itu, Jakim telah memaklumkan perkara ini kepada semua agensi pelaksana KAFA di negeri-negeri melalui surat siaran bertarikh 9 Feb 2022," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619