AGENDA

Zii Jia antara 24 pemain sertai kejohanan badminton Asia

11 Feb 2022, 12:30 AM
Zii Jia antara 24 pemain sertai kejohanan badminton Asia
Zii Jia antara 24 pemain sertai kejohanan badminton Asia

SHAH ALAM, 11 FEB: Lee Zii Jia antara 24 pemain yang akan membawa cabaran negara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 mulai 15 hingga 20 Februari ini.

Selain jaguh perseorangan lelaki negara itu, saingan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di sini turut menampilkan pemain perseorang wanita S Kisona.

Berikut senarai pemain negara:

Lelaki

- Aidil Sholeh

- Aaron Chia

- Sze Fei Goh

- Nur Izzuddin

- Jing Hong Kok

- Lee Zii Jia

- Leong Jun Hao

- Lim Chong Khim

- Man Wei Chong

- Ng Tze Yong

- Soh Wooi Yik

- Tee Kai Wun

Wanita

- Anna Ching Yik Cheong

- Eoon Qi Xuan

- Go Pei Kee

- S Kisona

- Low Yeen Yuan

- Myisha Mohd Khairul

- Siti Nurshuhaini Azman

- Valeree Siow

- Pearly Tan

- Tan Zhing Yi

- Teoh Mei Xing

- Thinaah Muralitharan

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi pada Rabu berkata semua lapan negara yang bertanding sudah berada di Shah Alam serta sedang menjalani tempoh kuarantin ditetapkan.

Selain Malaysia, negara lain yang turut bertanding ialah Indonesia, India, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Hong Kong dan Kazakhstan.

Buat julung kalinya, Selangor menjadi tuan rumah BATC 2022 dalam acara berprestij diselaraskan MSN Selangor dengan kerjasama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

[caption id="attachment_508287" align="aligncenter" width="500"]
EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman (dua, kanan) bersama Setiausaha Agung BAM Dato' Kenny Goh (tengah), Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia Saw Chit Boon (dua, kiri) dan Pengarah Eksekutif MSN Selangor Mohamad Nizam Marjugi (kanan) merasmikan logo Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Sunway Resort Hotel, Subang Jaya pada 27 Januari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKIN[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619