AGENDA

Permohonan bantuan kembang niaga usahawan Selangor mudah lulus

10 Feb 2022, 12:38 AM
Permohonan bantuan kembang niaga usahawan Selangor mudah lulus
Permohonan bantuan kembang niaga usahawan Selangor mudah lulus

KLANG, 10 FEB: Seorang peniaga nasi beriani tidak menyangka permohonan bantuan pertamanya kepada Kerajaan Selangor mudah diluluskan.

S Ramesh, 56 berkata lebih mengejutkan bukan satu permohonan sebaliknya dua permohonan diluluskan iaitu program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) dan pinjaman Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Katanya dia dan isteri, G Indira, 50 mula menjalankan perniagaan itu pada Februari 2021 dan permohohan dibuat beberapa bulan kemudian sebelum Disember lalu dimaklumkan ia diluluskan.

[caption id="attachment_508314" align="alignright" width="536"] EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar Dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail menyerahkan geran peralatan kepada penerima ketika program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) di Taman Desa Utama, Klang pada 9 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Saya mula mohon geran peralatan menerusi Sitham kemudian mereka beri cadangan buat pinjaman untuk kendera saji dan tidak sangka dapat kedua-duanya.

“Saya benar-benar bersyukur kerana ini memberi kemudahan kepada kami suami isteri untuk berniaga dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui SelangorKini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menerima geran peralatan bernilai lebih RM9,000 dan kendera saji dari EXCO Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail di Bukit Tinggi di sini.

Sitham dilancarkan pada September 2019 memfokuskan usahawan India yang komited memajukan perniagaan dengan diberi bimbingan, geran dan peralatan perniagaan.

Empat program keusahawanan ditawarkan iaitu latihan pembangunan usahawan, kursus kemahiran dan pembuatan, program bimbingan perniagaan (Grow) serta program bantuan peralatan perniagaan (Geran).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619