AGENDA

Hijrah lawat tiga usahawan, kongsi pandangan kembang niaga

8 Feb 2022, 9:35 AM
Hijrah lawat tiga usahawan, kongsi pandangan kembang niaga
Hijrah lawat tiga usahawan, kongsi pandangan kembang niaga
Hijrah lawat tiga usahawan, kongsi pandangan kembang niaga

SHAH ALAM, 8 FEB: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) hari ini mengunjungi tiga usahawannya yang berjaya dalam perniagaan menerusi Program Kembara Sukses Hijrah 2022.

Tiga usahawan tersebut ialah Ikon Usahawan Sukses Hijrah Mior Amin Badalishah merupakan pengusaha rangkaian restoran dan dua Usahawan Sukses iaitu Mahmud Mastam, pengusaha produk makanan dan Norliza Aizul Zulkifli merupakan pengusaha produk kesihatan dan kecantikan.

Pengarah Eksekutif Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor berkata ketiga-tiga usahawan ini mempunyai cerita kejayaan tersendiri daripada segi jualan dan berketerampilan dalam perniagaan masing-masing.

[caption id="attachment_508084" align="aligncenter" width="671"] Pengarah Eksekutif Hijrah Selangor, Dato' Sri Mohamad Suparadi Md Noor melihat produk keluaran usahawan produk kesihatan dan kecantikan, Norliza Aizul Zulkifli ketika Kembara Sukses Hijrah Selangor di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 8 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Tujuan lawatan diadakan untuk melihat sendiri perniagaan dijalankan usahawan Hijrah dan berkongsi pandangan supaya peminjam dapat mengembangkan perniagaan mereka.

"Menerusi lawatan ini, kita mencadangkan supaya pengusaha makanan membina reban arnab dengan lebih tersusun dan usahawan produk kecantikan membuka kilang di Selangor berbanding di Melaka," katanya.

Hijrah menawarkan tujuh skim pembiayaan bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka iaitu i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim.

Pembiayaan di bawah inisiatif peduli rakyat itu boleh dimohon menerusi pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login dan maklumat lanjut di www.hijrahselangor.com.

[caption id="attachment_508082" align="aligncenter" width="629"] Pengarah Eksekutif Hijrah Selangor, Dato' Sri Mohamad Suparadi Md Noor menyampaikan penghargaan kepada usahawan Embun D'Saji Enterprise, Mahmud Mastam ketika Kembara Sukses Hijrah Selangor di Jalan Kebun, Shah Alam pada 8 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619