PBT

694 mohon lot bazar Ramadan MBSA setakat Januari

8 Feb 2022, 6:51 AM
694 mohon lot bazar Ramadan MBSA setakat Januari

SHAH ALAM, 8 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima sebanyak 694 permohonan lot bazar Ramadan dalam talian di 33 lokasi setakat 31 Januari lalu.

Permohonan melalui laman web https://bazar.mbsa.gov.my dibuka mulai 17 Januari hingga 16 Februari, kata ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya.

"Orang ramai perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian dan memuat naik salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum mendaftar," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Antara lokasi tapak bazar Ramadan ialah Seksyen 6, 7, 8, 16, 17, 18, 19, 20, U2, U3, U5, U8 dan U10.

Sebarang pertanyaan berkenaan permit bazar boleh hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-55105133 samb. 1700/1762/1486/1699/1317/1366.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619