AGENDA

52.6 peratus penduduk dewasa negara terima dos penggalak setakat semalam

6 Feb 2022, 2:03 AM
52.6 peratus penduduk dewasa negara terima dos penggalak setakat semalam

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Sebanyak 12,307,360 atau 52.6 peratus individu dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,929,020 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,222,612 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,791,080 individu atau 88.7 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,868,945 individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 73,328 dos diberikan semalam meliputi 15,673 dos pertama, 782 sebagai dos kedua dan 56,873 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,914,165 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, 14 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan lima di Selangor, empat di Sabah, dua di Kuala Lumpur manakala satu kematian direkodkan di Johor, Negeri Sembilan dan Perak.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619