AGENDA

Selangor FC adakan kempen kesedaran barah 4 Februari

31 Jan 2022, 3:24 AM
Selangor FC adakan kempen kesedaran barah 4 Februari
Selangor FC adakan kempen kesedaran barah 4 Februari

SHAH ALAM, 31 JAN: Selangor FC (SFC) akan mengadakan kempen kesedaran sempena Hari Kanser Sedunia di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada 4 Februari ini.

Gergasi Merah memaklumkan kempen diadakan bersama TDC Holdings Sdn Bhd (TDC) itu dinamakan "Lets Cope with A Neon Hope" akan berlangsung pada jam 2 petang hingga 4 petang.

"Diinspirasikan semangat juang yang tinggi oleh kapten pasukan, Brendan Gan, SFC ingin memberi harapan dan meningkatkan kesedaran orang ramai akan penyakit barah secara menyeluruh.

"Kempen ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa barah boleh disembuhkan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting untuk mengesan awal dan menyembuhkan penyakit itu," katanya menerusi Facebook.

SFC berkata mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan https://www.neonhope.my/

"Pelbagai aktiviti menarik menanti anda pada hari tersebut termasuk pelancaran jersi 'away kit' SFC yang terbaru, bertemu semua pemain SFC, pemeriksaan kanser secara percuma dan banyak lagi.

"Ayuh penyokong #GergasiMerah, tandakan kalendar anda. Hanya penyokong telah lengkap menerima dua dos vaksin sahaja dibenarkan hadir ke program ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619