PBT

Projek inovasi MPHS kumpul lapan tan barangan kitar semula

31 Jan 2022, 2:31 AM
Projek inovasi MPHS kumpul lapan tan barangan kitar semula

SHAH ALAM, 31 JAN: Sebanyak lapan tan barangan kitar semula berjaya dikumpul dalam tempoh setahun melalui projek inovasi kitar semula Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Barangan tersebut diperoleh dari lima kawasan projek rintis Sisa Jadi Dana (Sidina) membabitkan Kuala Kubu Bharu, Perumahan Desa Melor Serendah, Perumahan Adenium Bukit Beruntung, Perumahan Jalan Inai Bukit Beruntung dan Taman Rajawali, Kalumpang.

Yang Dipertuanya Mohd Hasry Nor Mohd memaklumkan Perumahan Adenium mencatat jumlah kutipan barangan kitar semula tertinggi dengan 2.5 tan.

"Program Sidina ini berjaya menyelamatkan 2.5 tan karbon dioksida daripada dilepaskan ke udara," katanya dalam kenyataan.

Dilancar pada 16 Ogos 2020 di bawah unit kempen, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, beliau berkata projek inovasi itu bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar selain menjana pendapatan melalui amalan kitar semula.

"Matlamat akhir program Sidina adalah sampah ke tapak pelupusan dikurangkan dan rakyat dapat menjana pendapatan dari aktiviti kitar semula.

"Seterusnya dana diperolehi digunakan untuk membayar cukai taksiran. Dalam kata lain, bayar cukai guna sampah," katanya yang menyasarkan program Sidina dapat dikembangkan ke peringkat seterusnya.

Pusat kitar semula pintar Adenium, Bukit Beruntung disempurnakan perasmiannya oleh EXCO Alam Sekitar, Hee Loy Sian semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619