AGENDA

MBI peruntuk RM27,300 bantu mangsa banjir, beri manfaat 91 keluarga

30 Jan 2022, 11:00 AM
MBI peruntuk RM27,300 bantu mangsa banjir, beri manfaat 91 keluarga

KAJANG, 30 JAN : Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk sejumlah RM27,300 bagi membantu 91 keluarga terkesan banjir di mukim Beranang, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Norita Mohd Sidek berkata setiap rumah menerima wang tunai RM300 dan diharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka.

"Sebanyak tujuh kampung di mukim ini terlibat dengan banjir pada 22 November tahun lalu. Bencana ini juga menyebabkan banyak kerosakan dan kerugian dialami penduduk.

"Justeru, MBI terpanggil untuk menyampaikan sedikit sumbangan tunai ini kepada mereka. Semoga bantuan dapat meringankan beban mangsa," katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir Beranang oleh MBI di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Minangkabau.

Selain bantuan kewangan kepada mangsa banjir, Norita berkata MBI turut mengagihkan bakul makanan serta menyediakan sukarelawan bagi membantu kerja pembersihan pascabanjir.

"Banyak bantuan sudah diagihkan, insya-Allah ia akan diteruskan dari semasa ke semasa. Semua bantuan ini juga adalah peruntukan daripada RM1.5 juta seperti diumumkan sebelum ini," katanya.

Pada 22 November tahun lalu, tujuh kampung sekitar Beranang terjejas banjir iaitu Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Kampung Sesapan Batu Rembau, Kampung Sungai Jai, Kampung Jalan Enam Kaki Kampung Paya Tanjung, Kampung Sesapan Kelubi dan Kampung Bukit Kepong.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619