AGENDA

70,000 individu terima dos penggalak negeri

30 Jan 2022, 12:45 AM
70,000 individu terima dos penggalak negeri
70,000 individu terima dos penggalak negeri

SHAH ALAM, 30 JAN: Kira-kira 70,000 individu menerima dos penggalak melalui program Vaksin Selangor (Selvax) Booster sejak dilancarkan Disember tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi Selgate Healthcare Sdn Bhd Tengku Iesta Tengku Alaudin memaklumkan program itu mendapat sambutan baik dan masih diteruskan.

"Orang ramai masih boleh datang terus (daftar di Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah))," katanya di sini semalam.

Program Selvax Booster dilaksana sejak 8 Disember 2021 memperuntuk sebanyak 157,000 dos buat individu berusia 18 tahun ke atas yang lengkap suntikan vaksin Covid-19.

Senarai klinik terlibat boleh didapati di laman sesawang https://selcareclinic.com/our-clinics/ atau melalui aplikasi SELangkah.

[caption id="attachment_486248" align="alignright" width="380"] Ketua Pegawai Operasi Selgate Healtchare, Tengku Iesta Tengku Alaudin. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Selain di klinik Selcare, suntikan dos penggalak turut diberikan di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri bermula 17 Disember tahun lepas hingga 14 Januari lalu.

Pada 30 Jun, Kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapi serta mempercepatkan proses suntikan pelalian penduduk negeri ini.

Selvax Komuniti menyasarkan warga emas, golongan berpendapatan rendah dan penerima skim Inisiatif Peduli Rakyat manakala Selvax Industri memfokuskan pekerja termasuk warga asing.

Selvax bergerak pula dijalankan 12 September menggunakan bas dan van bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir daripada menerima suntikan pelalian.

Pada 24 Oktober, Selvax Remaja dilancarkan melibatkan 150,000 dos pelalian selepas dipersetujui Kementerian Kesihatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619