AGENDA

Raja Muda berkenan jadi juri program usahawan belia `SAY ASPIRE'

27 Jan 2022, 10:58 AM
Raja Muda berkenan jadi juri program usahawan belia `SAY ASPIRE'

SUBANG JAYA, 27 JAN: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor mencemar duli menghadiri program pembangunan usahawan untuk belia `SAY ASPIRE' di Sunway Resort Hotel & Spa hari ini.

Tengku Amir Shah turut berkenan menjadi salah seorang panel dalam ‘SAY ASPIRE- Pitching Session’ melibatkan 10 syarikat diterajui belia  serta beroperasi di negeri ini.

Titah Tengku Amir Shah dalam penutupan program, semua syarikat terlibat dalam sesi pembentangan kali ini berpotensi untuk maju dalam bidang perniagaan.

"Beta ucapkan tahniah dan mendoakan semua maju jaya pada masa hadapan,"titah baginda.

SAY ASPIRE merupakan program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan perkhidmatan ke pasaran global melalui kursus bimbingan serta latihan strategi eksport.

Program tersebut merupakan kali ketiga sejak dianjurkan pada 2018 menerusi agensi Selangor Youth Community (SAY) yang diasaskan Raja Muda Selangor.

Ia adalah program keusahawanan selama enam bulan merangkumi latihan kewangan, strategi pemasaran serta perancangan strategik untuk menembusi pasaran luar negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619