AGENDA

Anwar desak menteri jelaskan pinjaman RM2.5 bilion kepada Genting HK

27 Jan 2022, 9:42 AM
Anwar desak menteri jelaskan pinjaman RM2.5 bilion kepada Genting HK

SHAH ALAM, 27 JAN: Menteri kewangan didesak menjelaskan pinjaman US$600 juta (RM2.51 bilion) tanpa jaminan kepada syarikat kapal persiaran Genting Hong Kong yang sudah muflis.

"Saya mendesak menteri kewangan untuk segera menjawab persoalan mengapakah bank-bank ini dibenar memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong," kata ketua pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal bagaimana tiga bank utama di Malaysia, yang dimiliki syarikat pelaburan penting kerajaan, boleh memberi pinjaman "dengan sebegitu mudah".

Beliau menuntut Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bagaimana pinjaman tersebut akan dibayar syarikat kapal persiaran itu.

"Bagi saya, penjelasan ini perlu disegerakan bagi mengelak skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) Hong Kong berulang," katanya kenyataan di Facebook hari ini.

Anwar merujuk skandal kewangan di Hong Kong yang membabitkan RM2.5 bilion pada 1982. Berita itu menggemparkan negara berikutan juruaudit Jalil Ibrahim dibunuh.

Dalam perkembangan berkaitan, Maybank Berhad menafikan kewangannya terjejas akibat kemuflisan Genting Hong Kong, sementara RHB Bank pula menegaskan ia memiliki kecairan dan modal yang cukup.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619