PBT

MPKj tarik 75 kenderaan tersadai, atasi isu lambakan

26 Jan 2022, 2:12 PM
MPKj tarik 75 kenderaan tersadai, atasi isu lambakan

SHAH ALAM, 26 JAN: Sebanyak 75 kenderaan buruk dan tersadai di kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ditarik ke depoh bermula 4 Januari sehingga semalam.

Yang dipertuanya Najmuddin Jemain berkata tindakan penundaan dengan kerjasama Car Medic Sdn Bhd menumpukan kawasan sekitar Kajang dan Semenyih.

"Sebanyak lima jentera tunda digunakan bagi melancarkan oeperasi mengangkut kenderaan terbiar atau tersadai ini.

"Pihak operator Car Medic juga menggunakan kren tadano bagi mengalih kenderaan pelbagai guna yang ditinggalkan pengusaha bengkel membaiki kenderaan Bandar Rinching," katanya dalam mesyuarat MPKj hari ini.

Pada 22 November tahun lepas Najmuddin berkata MPKj menjadi pihak berkuasa tempatan pertama dalam negara menggunakan kaedah kitar semula kenderaan buruk bersifat mesra alam.

Beliau berkata kaedah End Live Vehicle (ELV) digunakan bagi mengatasi lambakan kenderaan buruk sekitar daerah terbabit.

Menurutnya kerjasama pintar dijalin bersama Car Medic Sdn Bhd yang akan menunda semua kenderaan buruk ke depoh simpanan di Bandar Baru Bangi sebelum dibawa semula ke depoh syarikat berkenaan untuk proses ELV.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619