AGENDA

EXCO: Pertimbang bantuan kenderaan rosak akibat tanah mendap

26 Jan 2022, 1:04 PM
EXCO: Pertimbang bantuan kenderaan rosak akibat tanah mendap

SHAH ALAM, 26 JAN: Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan bagi membantu pemilik kereta yang terjejas ekoran mendapan tanah di Lestari Perdana, Bandar Putra Permai semalam.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata pertemuan bersama unit pengurusan bencana negeri di bawah portfolio Dato' Menteri Besar diadakan petang ini, lapor Sinar Harian.

"Kereta terjatuh dalam longkang ini mempunyai tuannya memandangkan ia sedang dibaiki pihak bengkel, jadi kita lihat langkah yang akan diambil," katanya selepas melawat lokasi kejadian.

Ir Izham berkata perbincangan bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya serta pejabat daerah dan tanah juga akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyiasat punca insiden selain mengambil langkah jangka panjang.

Beliau menjelaskan kejadian semalam lebih teruk berbanding 2018 berikutan terdapat pergerakan tanah.

"Kita perlu buat siasatan tanah bagi melihat punca sebenar sebelum laksana pengukuhannya untuk tempoh jangka panjang," katanya.

Semalam, media melaporkan sebanyak lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619