PBT

MPKj sedia pelbagai program, inisiatif sempena sambutan Jubli Perak

26 Jan 2022, 8:15 AM
MPKj sedia pelbagai program, inisiatif sempena sambutan Jubli Perak

SHAH ALAM, 26 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang kini mencapai usia 25 tahun akan mengadakan program sempena sambutan Jubli Perak sepanjang tahun ini.

Yang dipertuanya berkata antara program yang dirancang adalah Perasmian Kaunter Bersepadu dan Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Perak yang akan disempurnakan Dato' Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari pada 28 Januari ini.

"Antara inisiatif yang dirancang termasuk Baucar Khas Bayaran Cukai Taksiran RM10 untuk pembayaran setahun melalui sistem e-bayar MPKj bagi tahun 2022 untuk 5,000 akaun pembayar cukai taksiran terawal Januari 2022 dan 5,000 akaun terawal pada Februari.

"Tujuan MPKj melaksanakan insentif ini sebagai penghargaan kepada pembayar cukai, menggalakkan pembayar cukai membuat bayaran melalui e-bayar dan menggalakkan pembayar cukai mengemas kini maklumat pegangan dan maklumat pemilik," kata Najmuddin Jemain.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Majlis Bil 1/2022, MPKj pada hari ini.

Najmuddin berkata pihaknya juga memberi tawaran kompaun RM10 bagi kesalahan meletak kenderaan sehingga 28 Februari.

"Kempen ini adalah terhad kepada pesalah-pesalah bagi kesalahan yang diperuntukkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Kajang) 2007," katanya.

Inisiatif lain yang ditawarkan adalah potongan 25 peratus bagi kos sewaan dewan komuniti, bayaran sewaan Disember melibatkan premis milik MPKj (50 peratus) dan bayaran sewa premis milik MPKj untuk enam bulan ke hadapan (25 peratus).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619