PENDAPAT

Masalah jantung terhenti, undang maut tiba-tiba walau sihat

25 Jan 2022, 8:45 AM
Masalah jantung terhenti, undang maut tiba-tiba walau sihat
Masalah jantung terhenti, undang maut tiba-tiba walau sihat

JANTUNG terhenti (cardiac arrest) tidak sama dengan serangan jantung (heart attack). Jantung terhenti boleh dialami mereka yang aktif bersukan, sementara serangan pula akibat saluran darah tersumbat.

Insiden pemain bola sepak Denmark, Christian Eriksen rebah tiba-tiba dan tidak sedarkan diri kira-kira 15 minit di atas padang dalam Kejohanan Eropah 2020 pada Jun tahun lepas antara kejadian jantung terhenti yang paling mengejutkan.

Masalah jantung menyebabkan beberapa bintang sukan bersara awal, malah ada meninggal dunia, ketika masih muda.

Wartawan AFIX REDZUAN menyusun maklumat mengenai penyakit jantung terhenti dan serangan jantung yang menjadi punca utama kematian.

Jantung Terhenti

- gangguan sistem elektrik jantung

- tiada tanda amaran

- jantung tiba-tiba berhenti berdenyut, darah tidak dipam ke seluruh badan akibatnya, pesakit tiada denyutan nadi

Kesan jantung terhenti

- pesakit tidak sedarkan diri, tidak bernafas atau tercungap-cungap

- kematian berlaku dalam beberapa minit jika mangsa tidak menerima rawatan

Serangan Jantung

- gangguan aliran darah

- ada tanda-tanda awal

- darah ke jantung berkurangan atau tersekat akibat saluran arteri tersumbat tetapi masih berdegup

- pesakit ada denyutan nadi kecuali serangan menyebabkan jantung terhenti

Gejala serangan jantung

- serangan serta-merta

- sangat tidak selesa di dada atau bahagian atas badan

sesak nafas

- berpeluh sejuk

- loya atau muntah

*gejala boleh berlaku perlahan selama beberapa jam, hari atau minggu sebelum serangan jantung

Sumber:

1. ‘Cardiac Arrest vs Heart Attack’, portal cpr.heart.org

2. ‘Fahami Jantung Terhenti dan Serangan Jantung’, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, 24 Oktober 2021

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619